Quran Guidance Of The Day

Putra's Showslide Photo's Slideshow: Sahdanputra.com’s trip from Sabah, Malaysia to Kuala Lumpur was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

12/09/11

Muhammad: The Last Prophet (Animated Full Movie)

Mengingati perjuangan dan pengorbanan baginda s.a.w, salawat dan salam atas nabi besar junjugan Muhammad rasulullah salawatullah alaihi wasallam.

KLIK link terus ke playlist :-

Muhammad: The Last Prophet (Animated Full Movie)

31/05/11

Di Situ Ada Syurga

"Ada syurga di wajah mu." Begitulah.. lirik lagu, yang pernah kita dengar. Benarkah ada syurga di wajah, apakah benar ada syurga di dunia fana ini? Jawabnya; Ya memang ada! syurga di dunia ini dalam bentuk ketenangan hati dan keharmonian jiwa (Kebahagian). Tentunya ia bukan syurga hakiki (spt; yang termaktub didalam Al-Quran syurga sebenar tidak dapat di bayangkan, yang jauh lebih besar akan kenikmatannya dan penuh keindahan).

Keperibadian dan akhlak yang baik menyerlahkan wajah yang ceria menyenangkan hati itulah sejahtera di ibaratkan syurga. Persepsi kita terhadap orang yang kita temui bergantung kepada wajahnya dan daya tarikan wajah seseorang itu bukanlah terletak pada kecantikan semata-mata. Walaupun wajah manusia memang berbeza paras rupa, begitu juga perasaan terhadap seseorang itu lahir dalam sanubari kita apabila bertemu. Kita akan membuat penilaian menerusi perasaan yang kita rasa seperti suka, ramah, mesra, segan silu, manis, lembut, ayu dan sebagainya.

Dengan senyuman mengubah tangapan kurang baik pada diri seseorang. Senyuman yang ikhlas memberi kesan pada yang menerimanya. Ia boleh menjadi penawar dan ibadah juga turut memaniskan penerampilan kita apabila kita senyum dengan niat kerana Allah, ia jadi ibadah sedekah. Senyuman mampu menjadi penawar. Orang yang selalu senyum dapat mengeluarkan
endorphin dalam badan yang mampu menimbulkan rasa gembira kepada orang yang melihatnya. Senyuman itu meresap ke dalam kalbu yang paling dalam.

Wajah ceria dan keceriaan itu adalah anugerah ilahi, ia sebenarnya berpunca dari lubuk hati yang bersih dan suci. Rasa tenang dan bahagia menimbulkan wajah yang ceria. Didalam hadis;
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Janganlah kamu memandang remeh terhadap segala kebaikan, walaupun hanya sekadar berjumpa saudara mu dangan wajah yang ceria." (Riwayat Muslim).
Alangkah senangnya hati kita melihat wajah orang yang ceria. Sebab wajah yang ceria menghiburkan orang lain. Oleh sebab itu, senyum lah.. tak perlu kata apa-apa..:) Hargai diri, hiasi peribadi...

Salam sejahtera,
2011@ShdN@

sahdanputra.com

WeBlog dalam pengembangan..,
Harap-maklum! -admin

Nasyed

Terbitan